Shaykh Yahya Rhodus, salah seorang permata Tarim di Amerika

 


Senin, 18 Mei 2026

Faktakini.info

Shaykh Yahya Rhodus, salah seorang permata Tarim di Amerika.

Yahya Rhodus atau namanya sebelum Islam, John Franklin Rhodus Jr dilahirkan di Kansas City, Missouri Amerika pada 1975.

Sejak kecil, Beliau telah menunjukkan minat yang besar terhadap agama dan spiritualisme. Ketertarikan itu mendorongnya untuk mempelajari tradisi dan filsafat banyak agama, termasuk Islam. Pada usia 19 tahun, Beliau memutuskan untuk memeluk Islam ketika berada di Santa Clara, California dan mula mempelajari Islam daripada Shaykh Hamza Yusuf yang merupakan seorang Ulama sunni terkenal Amerika.

1998, Beliau meneruskan kembara ilmunya ke Mauritania menuntut ilmu dari beberapa ulama besar Mauritania termasuk Murabit al-Hajj Ould Fahfu, seorang Ulama yang terkenal dengan keteguhan sanad, keluasan ilmu dan zuhud. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan formal di Syria untuk menguasai bahasa arab dan Al-Quran. Setelah itu Beliau meneruskan kembara ilmunya ke bumi Tarim Hadramaut Yaman pada tahun 2000. Menjadi murid di Darul Mustafa dibawah bimbingan Al-Allamah Ad-Daie Sayyidil Al Habib Umar bin Hafidz, Sayyidil Al Habib Ali Al Jufri dan para Habaib yang lainnya.

Akhir 2005 Beliau sempat kembali ke Amerika dan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Institute Zaytuna yang diasaskan oleh Shaykh Hamza Yusuf sebelum kembali semula ke Tarim. Selepas menamatkan pengajiannya di Darul Mustafa, Beliau kembali ke Amerika dan belajar di beberapa institusi akademik dengan kemuncaknya Beliau memperolehi gelar PHD dalam Teologi dan Pengajian Agama dari Universiti Cambridge, England.

Beliau kini salah seorang cendekiawan Islam yang disegani di dunia barat khususnya Amerika dan aktif berdakwah. Beliau juga mendirikan Al-Maqasid, sebuah madrasah dan pusat pengajian Islam di Macungie, Pennsylvania, Amerika.

(Hidayah milik Allah)

krdt : Al-Maqasid, faraz_rabbani