Himpunan Taufan Aqsa 2026 Sukses Besar: Gelombang Solidariti Ummah & Seruan Boikot Israel Bergema di Terengganu
Sabtu, 17 Oktober 2026
Faktakini.info, Jakarta - Rangkaian Program Himpunan Taufan Aqsa 2026 yang berlangsung hari Jum'at (16/10/2026) berjalan dengan penuh meriah dan jayanya, sekaligus mempermantapkan solidariti ummah terhadap perjuangan pembebasan Palestina,
Majlis dimulakan dengan acara konvoi motosikal yang berlangsung lancar dan selamat tiba di destinasi. Ketibaan rombongan konvoi disambut hangat oleh Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli, serta Pengarah Program Himpunan Taufan Aqsa 2026, Ustaz Yusuf Abdul Hadi. Pada masa yang sama, suasana dewan disemarakkan lagi dengan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna & Cabutan Bertuah
Bagi merai serta menyemarakkan pembabitan peserta, YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dengan diiringi Ustaz Yusuf Abdul Hadi telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna kanak-kanak serta cabutan bertuah pada petang Jumaat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan penerima — bak kata peribahasa, kalau sudah rezeki memang tidak ke mana.
Suntikan Persembahan Nasyid & Tausiyah Perjuangan
Para hadirin turut dihiburkan dengan halwa telinga dan persembahan nasyid mendidik jiwa daripada kumpulan Soutul Amal, yang menambah kehangatan serta keinsafan dalam suasana perhimpunan.
Dalam program Kuliah Maghrib bertemakan "Kebangkitan Anak Muda Akhir Zaman" di Stadium Negeri Kuala Terengganu, Ketua Umum DPP FPI, Habib Muhammad bin Hussein Al-Attas menyampaikan tausiyah yang menjentik hati dan membakar semangat juang para hadirin.
Beliau mengingatkan bahawa walaupun berbeza fahaman, kaum, latar belakang geografi mahupun tanah air, persaudaraan Islam tetap menyeru seluruh umat untuk bersatu menentang kezaliman serta membela perjuangan kemerdekaan Palestin.
Mesej Kepedulian & Istiqamah Memboikot
Sementara itu, Dr. Habib Hanif Al-Attas dari Indonesia dalam ucapan/sambutannya menekankan pesan hadis Nabi SAW mengenai galakan mengirimkan minyak untuk Baitulmaqdis (Gaza / Palestin). Mesej utama hadis tersebut menegaskan bahawa kepedulian untuk membantu perjuangan Palestin wajib dilaksanakan dengan pelbagai cara, termasuk bantuan dana dan sokongan berterusan.
Beliau turut menyeru agar umat Islam terus konsisten memboikot produk-produk Amerika Syarikat serta mana-mana pihak yang menyokong zionis Israel. Menurut beliau, senjata-senjata Israel dibeli daripada hasil sokongan dana dan pembelian produk-produk tersebut.
Program Himpunan Taufan Aqsa 2026 ini turut diseri dengan penganjuran Sidang Meja Bulat (RTD) International Summit 2026 bertempat di Hotel Primula, Kuala Terengganu yang menghimpunkan para tokoh tempatan dan antarabangsa. Semoga rakyat Terengganu terus bersuara dan beraksi secara nyata demi bumi Palestin!

































































